Perniagaan
Pelanggan anda telah beralih kepada peranti mudah alih. Sudahkah anda bersedia?

Kenapa A1addinbiz​​​​​​​

Kami memandang serius keselamatan dan privasi perbankan anda dan mempraktikkan tahap yang tinggi untuk memastikan wang dan data anda dilindungi. Dengan A1addin, anda boleh menikmati ketenangan minda.

Telefon sahaja yang diperlukan

Mulakan pengalaman tanpa tunai dan tanpa kad untuk perniagaan anda dengan menggunakan telefon pintar sahaja. Anda boleh melakukan transaksi perniagaan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Aplikasi dipercayai
A1addin dikuasakan oleh AFFIN BANK dan kami amat mementingkan sekuriti. Yakinlah bahawa keselamatan dan kesulitan data anda sentiasa dilindungi.

Pelbagai peranan dalam satu aplikasi
Terdapat pelbagai peranan dengan tahap pengesahan yang berbeza dalam perniagaan anda? Semuanya boleh ditetap dalam aplikasi A1addin dengan mudah.

Membuat dan menerima bayaran dengan QR PAY.

Imbas untuk membayar. Tunjuk Kod QR untuk menerima bayaran. Lakukan bayaran kepada pembekal dan menerima bayaran daripada pelanggan dengan mudah dan pantas.

Anda hanya memerlukan Kad Pengenalan untuk bermula

Pembukaan akaun kini boleh dilakukan dalam talian – dengan segera!

Alami pengalaman permohonan akaun yang selamat. Dengan beberapa langkah sahaja, anda boleh membantu kami untuk mengesahkan identiti anda, di samping memastikan keselamatan akaun.

Langkah 1

Imbas Kad Pengenalan anda

Langkah 2

Ambil gambar diri anda (selfie)

Langkah 3

Jawab beberapa soalan untuk pengesahan identiti

Langkah 4

Pindahkan deposit permulaan untuk pengaktifan akaun baharu



Menarik, Baharu dan Istimewa


Produk baharu boleh didapati dalam talian...tidak lama lagi!

Terlalu banyak kad dalam dompet?

Kami menawarkan perbankan tanpa kad, termasuk pengeluaran wang tunai.

Ingin meminta hutang dengan kawan?

Biar kami membantu anda untuk memintanya tanpa rasa serba salah.

Suka diskaun dan baucar?

Jangan risau... keinginan anda akan dipenuhi.

Ada soalan?

Hubungi A1addin dengan mudah melalui Live Chat.